Dunia kini tidak asing lagi dengan isu baru yang sentiasa terjadi dari masa ke semasa. Kecanggihan teknologi masa kini memudahkan lagi isu-isu tersebar meluas kepada setiap rakyat. Buku teks juga mempunyai isu tersendiri antaranya adalah:
1. Isu murid tak perlu membawa buku teks ke sekolah
Berdasarkan laporan dari laman Berita Harian Online diterbitkan pada 2 Jun 2018, isu murid tak perlu membawa buku teks ke sekolah adalah antara penyelesaian kepada masalah beban beg berat. Dr. Maszlee Malik berkata bahawa beban beg berat adalah antara isu utama yang diketengahkan oleh ibu bapa dalam cadangan penambahbaikan sistem pendidikan Malaysia. Masalah beban beg berat ini diutamakan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Pelbagai pihak telah ketengahkan masalah ini dan kajian masih dilakukan untuk sistem pendidikan tanpa buku teks. Sebagai contoh, murid-murid tidak perlu membawa buku teks ke sekolah dan sistem Pengajaran dan Pembelajaran lebih kepada konsep pertanyaan (inkuiri) dan juga kajian. Hal ini dapat dilihat sama seperti negara-negara maju yang tidak menggunakan buku teks dalam sesi pengajaran mereka.
Merujuk kepada laporan yang saya dapati di laman astro awani bertarikh 8 Februari 2016, menyatakan bahawa seorang ibu berumur 40 tahun berasa sedih kerana tidak sempat untuk menyelamatkan buku teks kepada dua orang anaknya yang masih bersekolah rendah. Beliau hanya dapat menyelamatkan beberapa dokumen penting sebelum barang-barang lain habis ditenggelami air banjir.
3. Buku teks rosak akibat banjir
Maklumat yang saya dapati dari laman Malaysia Kini diterbitkan pada 20 November 2018 menyatakan bahawa seorang pelajar tingkatan 5 yang ingin menghadapi peperiksaan SPM menangis akibat buku teks yang hendak digunakan sebagai rujukan ditenggelami banjir. Menurut pelajar tersebut, buku teks mata pelajaran Sejarah itu hendak digunakan semasa menjawab peperiksaan bagi subjek Sejarah kertas 3. Beliau tidak dapat berfikir bagaimana hendak manjawab soalan-soalan tanpa buku teks. Hal ini demikian kerana, bahan rujukan yang ada terlalu sedikit untuk dibawa bersama-sama semasa menduduki peperiksaan Sejarah kertas 3 pada keesokan harinya.
No comments:
Post a Comment