Monday, 7 December 2020

BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (BOSS)

 ISI KANDUNGAN

1.0 Keselamatan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

2.0 Tindakan Bencana di Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

3.0 Peraturan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

4.0 Aktiviti Anjuran BOSS

5.0 Isu Semasa Buku Teks


Bilik SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) juga dikenali sebagai Bilik Operasi SPBT Sekolah iaitu kata singkatannya adalah BOSS. Keselamatan Buku teks di BOSS sangatlah penting dan menjadi tanggungjawab guru SPBT yang bertugas. Langkah-langkah pencegahan awal digalakkan untuk dilakukan oleh guru dan pihak sekolah agar keselamatan buku teks dan BOSS terjamin. Sekiranya berlaku kerosakan terhadap buku teks terdapat beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh guru SPBT yang bertugas.

1.0 Keselamatan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

Bencana yang kebiasaannya boleh menyebabkan kerosakan buku teks di Bilik Operasi SPBT Sekolah adalah:

       i. Banjir

       ii. Kebakaran

      iii. Serangga (Lipas/ anai-anai/ tikus)

       iv. Ribut atau Taufan

Antara langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan untuk mengelak kerosakan yang teruk akibat bencana yang tidak terduga adalah:

  1. Banjir
  •  Guru atau pihak sekolah menyediakan Bilik Operasi SPBT Sekolah di tingkat yang lebih tinggi terutamanya untuk sekolah yang berada di kawasan rendah.
  • Guru juga boleh menyediakan ruang atau tempat alternatif untuk menyimpan buku sekiranya banjir melanda di kawasan sekolah. 
  • Ruang alternatif ini adalah untuk sekolah yang tidak pernah mengalami banjir dan Bilik Operasi SPBT Sekolah terdapat di aras bawah.
      2. Kebakaran
  • Di dalam Bilik Operasi SPBT Sekolah mestilah mempunyai pemadam api yang berfungsi.
  • Menempatkan Bilik Operasi SPBT di kawasan yang berdekatan dengan punca air.
  • Sentiasa memeriksa sistem pendawaian elektrik supaya kekal dalam keaadan yang baik dan selamat.
  • Hal ini kerana, sistem pendawaian juga antara penyebab utama yang boleh berlakunya kebakaran di suatu tempat.


      3. Serangga (lipas/ anai-anai/ tikus)
  • Menyediakan racun serangga, racun tikus dan perangkap untuk memudahkan penghapusan serangga di dalam Bilik SPBT.
  • Memastikan Bilik SPBT mempunyai sistem ventilasi atau pengudaraan yang baik. Pengudaraan yang baik akan dapat membuatkan suatu tempat atau bilik menjadi lebih selesa dan nyaman. Hal ini akan dapat mengelakkan serangga untuk terus membiak di bilik tersebut.
  • Kebersihan Bilik Operasi SPBT juga perlu diberi perhatian dan dititikberatkan. Tempat yang bersih tidak akan ada serangga yang boleh hidup di dalamnya.
     4. Ribut atau Taufan
  • Menempatkan Bilik Operasi SPBT di aras bawah supaya terlindung dengan bangunan-bangunan yang lain daripada angin ribut.
  • Pintu dan tingkap Bilik Operasi SPBT perlulah ditutup dan dikunci dengan selamat sekiranya tiada guru yang bertugas pada suatu masa.
  • Semua buku teks di simpan di dalam Bilik Operasi SPBT secara teratur dan tidak berterabur.
Langkah keselamatan lain:
  1. Menyediakan pelan kecemasan di dalam Bilik Operasi SPBT sebagai panduan sesiapa yang terperangkap ketika berlakunya kebakaran di dalam bilik tersebut.
  2. Pengurusan Bilik Operasi SPBT yang efisien dan teratur untuk mengelakkan buku teks hilang.
  3. Penyediaan bangku kecil atau tangga untuk mengambil buku di rak yang tinggi.

2.0 Tindakan Bencana di Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)




Sekiranya berlaku bencana, guru mestilah:

  1. Melaporkan kepada pihak berkenaan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/ Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
  2. Seterusnya, melapor anggaran kerosakan serta jumlah keperluan buku teks kepada JPN/ PPD/ JAIN.
  3. Kemudian terbahagi kepada dua pecahan.
  4. Pertama, guru akan menerima gantian buku teks daripada Bilik Operasi SPBT Daerah (BOSD)/ Negeri/ Penerbit
  5. Sekiranya cukup guru boleh mengagihkan buku tersebut kepada murid-murid.
  6. Jika sebaliknya guru perlu melaporkan semula anggaran kerosakan serta jumlah keperluan buku teks kepada JPN/ PPD/ JAIN.
  7. Seterusnya yang kedua adalah memohon pelupusan dan hapus kira buku teks kepada Arkib Negara Malaysia (ANM) melalui JPN/ PPD/ JAIN.
  8. Sekiranya lulus guru boleh melakukan proses pelupusan/ hapus kira.
  9. Jika sebaliknya guru perlu memohon semula pelupusan dan hapus kira buku teks kepada ANM mealui JPN/ PPD/ JAIN.
  10. Akhir sekali, jika kedua-dua proses telah lulus guru boleh mengemas kini stok SPBT.

3.0 Peraturan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

1. Tanggalkan kasut apabila memasuki Bilik Operasi SPBT Sekolah.



2. Dilarang membuat bising apabila berada di dalam bilik operasi.


3. Memastikan kebersihan bilik operasi terjaga supaya sentiasa selesa dan tiada serangga yang tidak diingini membiak di bilik tersebut.


4. Pastikan buku disusun semula selepas selesai digunakan dalam apa jua urusan.




5. Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam bilik operasi kerana dikhuatiri akan tertumpah dan menyebabkan bilik operasi berbau tidak menyenangkan.



6. Penjimatan tenaga elektrik di Bilik Operasi SPBT.



7. Dilarang masuk ke bilik operasi tanpa urusan.

8. Dilarang membawa buku keluar dari bilik operasi tanpa pengetahuan guru SPBT    yang bertugas pada hari tersebut. Hal ini untuk memastikan buku di bilik operasi sentiasa dalam keadaan selamat.


4.0 Aktiviti Anjuran BOSS

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan oleh pihak SPBT untuk para pelajar di sekolah. Banyak manfaat yang akan diperolehi pelajar apabila aktiviti yang dilaksanakan dapat menggalakkan penglibatan aktif para pelajar. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak SPBT adalah:

 1.  Gotong-royong membersihkan Bilik Operasi SPBT

Aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara pelajar dan guru. Selain itu, dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan pelajar.




2. Pemurnian buku teks

Aktiviti pemurnian buku teks lebih kepada aktiviti menyampul buku bersama-sama di sekolah. Aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar untuk menjaga buku teks dengan lebih baik. Selain itu, bilangan buku teks yang rosak juga dapat dikurangkan.



3. Kuiz untuk memperkayakan bahasa menggunakan buku teks

Kuiz boleh dilaksanakan di atas talian atau melalui lembaran kerja yang diedarkan oleh pihak SPBT sekolah. Manfaat daripada aktiviti ini adalah dapat meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar betapa pentingnya menggunakan buku teks semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran. Selain itu, dapat meningkatkan tahap penguasaan bahasa pelajar melalui aktiviti berdasarkan buku teks.


5.0 Isu Semasa Buku Teks

Dunia kini tidak asing lagi dengan isu baru yang sentiasa terjadi dari masa ke semasa. Kecanggihan teknologi masa kini memudahkan lagi isu-isu tersebar meluas kepada setiap rakyat. Buku teks juga mempunyai isu tersendiri antaranya adalah:

1. Isu murid tak perlu membawa buku teks ke sekolah


Berdasarkan laporan dari laman Berita Harian Online diterbitkan pada 2 Jun 2018, isu murid tak perlu membawa buku teks ke sekolah adalah antara penyelesaian kepada masalah beban beg berat. Dr. Maszlee Malik berkata bahawa beban beg berat adalah antara isu utama yang diketengahkan oleh ibu bapa dalam cadangan penambahbaikan sistem pendidikan Malaysia. Masalah beban beg berat ini diutamakan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Pelbagai pihak telah ketengahkan masalah ini dan kajian masih dilakukan untuk sistem pendidikan tanpa buku teks. Sebagai contoh, murid-murid tidak perlu membawa buku teks ke sekolah dan sistem Pengajaran dan Pembelajaran lebih kepada konsep pertanyaan (inkuiri) dan juga kajian. Hal ini dapat dilihat sama seperti negara-negara maju yang tidak menggunakan buku teks dalam sesi pengajaran mereka.

2. Ibu sedih buku teks anak tenggelam dalam banjir



Merujuk kepada laporan yang saya dapati di laman astro awani bertarikh 8 Februari 2016, menyatakan bahawa seorang ibu berumur 40 tahun berasa sedih kerana tidak sempat untuk menyelamatkan  buku teks kepada dua orang anaknya yang masih bersekolah rendah. Beliau hanya dapat menyelamatkan beberapa dokumen penting sebelum barang-barang lain habis ditenggelami air banjir. 

3. Buku teks rosak akibat banjir


Maklumat yang saya dapati dari laman Malaysia Kini diterbitkan pada 20 November 2018 menyatakan bahawa seorang pelajar tingkatan 5 yang ingin menghadapi peperiksaan SPM menangis akibat buku teks yang hendak digunakan sebagai rujukan ditenggelami banjir. Menurut pelajar tersebut, buku teks mata pelajaran Sejarah itu hendak digunakan semasa menjawab peperiksaan bagi subjek Sejarah kertas 3. Beliau tidak dapat berfikir bagaimana hendak manjawab soalan-soalan tanpa buku teks. Hal ini demikian kerana, bahan rujukan yang ada terlalu sedikit untuk dibawa bersama-sama semasa menduduki peperiksaan Sejarah kertas 3 pada keesokan harinya.






No comments:

Post a Comment