2.0 TINDAKAN BENCANA DI BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (BOSS)



Sekiranya berlaku bencana, guru mestilah:

- Melaporkan kepada pihak berkenaan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/ Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

- Seterusnya, melapor anggaran kerosakan serta jumlah keperluan buku teks kepada JPN/ PPD/ JAIN.

- Kemudian terbahagi kepada dua pecahan.

- Pertama, guru akan menerima gantian buku teks daripada Bilik Operasi SPBT Daerah (BOSD)/ Negeri/ Penerbit

- Sekiranya cukup guru boleh mengagihkan buku tersebut kepada murid-murid.

- Jika sebaliknya guru perlu melaporkan semula anggaran kerosakan serta jumlah keperluan buku teks kepada JPN/ PPD/ JAIN.

- Seterusnya yang kedua adalah memohon pelupusan dan hapus kira buku teks kepada Arkib Negara Malaysia (ANM) melalui JPN/ PPD/ JAIN.

- Sekiranya lulus guru boleh melakukan proses pelupusan/ hapus kira.

- Jika sebaliknya guru perlu memohon semula pelupusan dan hapus kira buku teks kepada ANM mealui JPN/ PPD/ JAIN.

- Akhir sekali, jika kedua-dua proses telah lulus guru boleh mengemas kini stok spbt.


No comments:

Post a Comment