1.0 KESELAMATAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (BOSS)

Bencana yang kebiasaannya boleh menyebabkan kerosakan buku teks di Bilik Operasi SPBT Sekolah adalah:

       i. Banjir

       ii. Kebakaran

      iii. Serangga (Lipas/ anai-anai/ tikus)

       iv. Ribut atau Taufan

Antara langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan untuk mengelak kerosakan yang teruk akibat bencana yang tidak terduga adalah:

  1. Banjir
  •  Guru atau pihak sekolah menyediakan Bilik Operasi SPBT Sekolah di tingkat yang lebih tinggi terutamanya untuk sekolah yang berada di kawasan rendah.
  • Guru juga boleh menyediakan ruang atau tempat alternatif untuk menyimpan buku sekiranya banjir melanda di kawasan sekolah. 
  • Ruang alternatif ini adalah untuk sekolah yang tidak pernah mengalami banjir dan Bilik Operasi SPBT Sekolah terdapat di aras bawah.
      2. Kebakaran
  • Di dalam Bilik Operasi SPBT Sekolah mestilah mempunyai pemadam api yang berfungsi.
  • Menempatkan Bilik Operasi SPBT di kawasan yang berdekatan dengan punca air.
  • Sentiasa memeriksa sistem pendawaian elektrik supaya kekal dalam keaadan yang baik dan selamat.
  • Hal ini kerana, sistem pendawaian juga antara penyebab utama yang boleh berlakunya kebakaran di suatu tempat.




      3. Serangga (lipas/ anai-anai/ tikus)
  • Menyediakan racun serangga, racun tikus dan perangkap untuk memudahkan penghapusan serangga di dalam Bilik SPBT.
  • Memastikan Bilik SPBT mempunyai sistem ventilasi atau pengudaraan yang baik. Pengudaraan yang baik akan dapat membuatkan suatu tempat atau bilik menjadi lebih selesa dan nyaman. Hal ini akan dapat mengelakkan serangga untuk terus membiak di bilik tersebut.
  • Kebersihan Bilik Operasi SPBT juga perlu diberi perhatian dan dititikberatkan. Tempat yang bersih tidak akan ada serangga yang boleh hidup di dalamnya.
     4. Ribut atau Taufan
  • Menempatkan Bilik Operasi SPBT di aras bawah supaya terlindung dengan bangunan-bangunan yang lain daripada angin ribut.
  • Pintu dan tingkap Bilik Operasi SPBT perlulah ditutup dan dikunci dengan selamat sekiranya tiada guru yang bertugas pada suatu masa.
  • Semua buku teks di simpan di dalam Bilik Operasi SPBT secara teratur dan tidak berterabur.





Langkah keselamatan lain:
  1. Menyediakan pelan kecemasan di dalam Bilik Operasi SPBT sebagai panduan sesiapa yang terperangkap ketika berlakunya kebakaran di dalam bilik tersebut.
  2. Pengurusan Bilik Operasi SPBT yang efisien dan teratur untuk mengelakkan buku teks hilang.
  3. Penyediaan bangku kecil atau tangga untuk mengambil buku di rak yang tinggi.




No comments:

Post a Comment