4.0 AKTIVITI ANJURAN BOSS

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan oleh pihak SPBT untuk para pelajar di sekolah. Banyak manfaat yang akan diperolehi pelajar apabila aktiviti yang dilaksanakan menggalakkan penglibatan aktif para pelajar. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak SPBT adalah:

 1.  Gotong-royong membersihkan Bilik Operasi SPBT

Aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara pelajar dan guru. Selain itu, dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan pelajar.




2. Pemurnian buku teks

Aktiviti pemurnian buku teks lebih kepada aktiviti menyampul buku bersama-sama di sekolah. Aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar untuk menjaga buku teks dengan lebih baik. Selain itu, bilangan buku teks yang rosak juga dapat dikurangkan.



3. Kuiz untuk memperkayakan bahasa menggunakan buku teks

Kuiz boleh dilaksanakan di atas talian atau melalui lembaran kerja yang diedarkan oleh pihak SPBT sekolah. Manfaat daripada aktiviti ini adalah dapat meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar betapa pentingnya menggunakan buku teks semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran. Selain itu, dapat meningkatkan tahap penguasaan bahasa pelajar melalui aktiviti berdasarkan buku teks.





No comments:

Post a Comment